Monday 25 November 2013

                            

Kewajipan mengerjakan haji


Mengerjakan haji adalah rukun islam yang ke lima. Salah satu daripada syarat wajib haji adalah berkemampuan. Kebiasaannya orang akan merujuk kemampuan mengerjakan haji kepada faktor kewangan Namun melihat kepada senerio masakini di Malaysia, mengikut keratan akhbar utusan Malaysia di ruangan ekonomi bertarikh 28/2/2013, pendapatan isi rumah yang meningkat 6.6% setahun dibandar dan 6.4 % di luar bandar. Mengikut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamad Yaakob,Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) 2012 menunjukkan pendapatan isi rumah bandar meningkat daripada RM4,705.00 pada 2009 kepada RM 5,742 pada 2012. Limpahan kurniaan rezeki anugerah Allah seharus nya digunakan untuk menambahkan tabungan ke simpanan tabung haji untuk menyempurnakan rukun islam yang ke 5 ini.

Kewajipan haji adalah jelas daripada dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadith :
1) Allah Ta’ala berfirman:
وَلِلّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ الله غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
“Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.”(QS. Ali Imran: 97)
  

2) Dari Ibnu Umar radhiallahu anhuma dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
بُنِيَ الإسلامُ عَلَى خَمْسٍ: شهادةُ ألا إله إلا اللهُ وَأَنَّ محمداً رسولُ اللهِ، وَإِقامُ الصلاةِ وإِيْتاءُ الزَّكاةِ،

 وَحَجُّ الْبَيْتِ، وَصَوْمُ رَمَضانَ
“Islam dibangun di atas lima perkata: Persaksian Laa ilaha illallah dan Muhammad Rasulullah, menegakkan shalat, menunaikan zakat, berhaji di Makkah, dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari no. 8 dan Muslim no. 16)

3) Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berkhutbah dan bersabda:
يا أَيُّها النّاسُ قَدْ فُرِضَ عَلَيْكُمُ الْحَجُّ فَحَجُّوا. فَقالَ رَجُلٌ: أَفِي كُلِّ عامٍ يا رسولَ اللهِ؟ فَسَكَتَ حَتَّى قَالَها ثَلاَثاً،

 فقال: لَوْ قُلْتُ: نعم، لَوَجَبَتْ وَلَمَا اسْتَطَعْتُمْ
“Wahai sekalian manusia, sungguh telah diwajibkan atas kalian berhaji maka berhajilah kalian. Lalu ada seorang yang bertanya, “Apakah wajib setiap tahun wahai Rasulullah?” beliau lalu terdiam. Sampai ketika orang itu bertanya pada kali yang ketiga beliau menjawab, “Seandainya saya katakan ‘ya’ maka haji akan menjadi wajib setiap tahunnya dan kalian pasti tidak akan sanggup melakukannya.” (HR. Muslim no. 1337)



Ibadah haji menjadi kewajipan ditunai sebanyak sekali untuk seumur hidup. Janganlah berlengah-lengah untuk membelanjakan wang bagi mengerjakan ibadah haji. Daftarlah segera di tabung haji untuk mengerjakan haji. Dengan wang simpanan RM1400.00 dalam akaun tabung haji anda saudara ku seislam sudah boleh mendaftar untuk mengerjakan haji. 


Tabung haji ada melaksanakan kursus haji pada setiap tahun untuk memberi tunjuk ajar bagaimana untuk melaksanakan ibadah haji. Rebutlah peluang ini untuk menambahkan ilmu di dada sebelum pergi mengerjakan ibadah haji.

Berikut adalah hadith yang menerangkan fadhilat ibadah haji :

Maksud sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:…“Mengerjakan haji ke Baitullah al-Haram adalah antara amal-amal qurbah yang paling tinggi mutunya dan sebaik-baik wasilah. Memadailah untuk membuktikan yang demikian itu bahawa haji yang mabrur tidak ada lain balasannya melainkan syurga dan orang yang mengerjakan haji tanpa melakukan sesuatu yang keji dan ditegah, akan keluar ia dari dosa-dosanya seperti seorang bayi hari dilahirkan olih ibunya.”
(Hadith riwayat Al-Bukhary dan Imam Muslim)

Selain dari itu Allah  mengurniakan ganjaran yang besar bagi mereka yang mengerjakan solat di masjidil haram iaitu 100,000 berbanding dengan solat di masjid lain.

Menurut Imam Al Hassan Al Basri dalam kitab Bahrul Wafi di mukasurat 475, terdapat 15 tempat yang mustajab doa di Makkah iaitu :-

1. Sepanjang Masa Tawaf Di Baitullah/Kaabah
2. Multazam
3. Dalam Kaabah
4. Telaga Zam-zam
5. Hijr Ismail
6. Bukit Safa
7. Bukit Marwah
8. Mas’a (Tempat Sa’ie)
9. Belakang Maqam Ibrahim
10. Arafah (Sepanjang Masa Wuquf)
11. Muzdalifah (Sepanjang Masa Bermabit)
12. Mina (Sepanjang Hari Nahar Dan Hari Tasyrik)
13. Jamrah Sughra
14. Jamrah Wusta
15. Jamrah Kubra

Selain dari itu  120 rahmat turun keatas kaabah setiap hari iaitu:-

- 60 rahmat untuk orang yang tawaf
- 40 rahmat untuk orang yang solat
- 20 rahmat untuk orang yang memandang kaabah.
(Hadith riwayat Al Tabarani  di dalam Al Mu'jam Al Kabir daripada Ibn Abbas Rasulullah SAW bersabda)

Kesemua tempat di atas akan dikunjungi oleh mereka-mereka yang akan mengerjakan ibadah haji dan umrah. Jadi marilah kita merebut peluang diatas ganjaran besar yang Allah kurniakan untuk mereka yang mengerjakan haji dan umrah di tanah haram Makkah.


No comments:

Post a Comment

Browsed by others

Your weather just got better.