Tuesday 19 July 2011

Anak-anak ku dan Qurrata A'yun

                                               Ilustrasi: Hendaklah kita memanjatkan do'a pada-Nya agar anak dan keturunan kita menjadi sholeh dan baik. Mintalah pada-Nya agar keturunan kita senantiasa mendapat berkah, juga selamat dari berbagai bahaya dan kejelekan. Mintalah pada Allah, semoga mereka senantiasa mendapatkan perlindungan dari gangguan setan, manusia jahat, dan jin. Inilah kebiasaan orang sholih yang sebaiknya kita tiru. (foto: google)
        Setiap kali keluar keputusan peperiksaan SPM, maka ramai sekali mereka yang mendapat semua A pada semua matapelajaran. Sesekali aku bercoleteh dengan anak-anak ku, betapa perlu untuk berusha dan bersaing dalam mendapat keputusan yang baik, agar mendapat kursus  serta  universiti yang di hajati. Sekarang zamannya lain sekali dengan zaman ayah dulu-dulu, kelas tusyen tak banyak dan tak melata macam zaman sekarang.Keputusan peperiksaannya pula taklah sehebat dengan zaman milenium ni. Kalau sekarang, jalan-jalan dikawasan perumahan agak sesak dengan kenderaan ibubapa menghantar anak ke kelas tusyen, terutama sekali selepas waktu magrib dan isya. Ya, memang suatu budaya yang baik menghantar anak ke kelas tusyen untuk mendapat ilmu serta kemahiran dalam matapelajaran yang diajar di sekolah. Dengan izin Allah, bila keluar keputusan peperiksaan nanti banyaklah huruf-huruf A dicatatkan diatas slip keputusan peperiksaan. 
       Sesekali teringin dan terasa  untuk melihat anak-anak yang santun budi pekerti, amat luhur akhlaknya serta amat tenang hati nurani apabila menatap wajahnya. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah pada kami dan keturunan kami serta isteri-isteri kami penyejuk mata kami. Jadikanlah pula kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa (QS. Al Furqon:74).Anak-anak yang mendoakan kedua ibubapanya dikala ibubapanya menyahut panggilan Ilahi. Bak sabda Ar-Rasul, apabila meninggal anak adam maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan keatasnya.

Browsed by others

Your weather just got better.