Ambil peluang baki umur yang Allah berikan untuk lakukan yang terbaik untuk tahun ini..
Pintu tahun yang lepas telah tertutup,
Kita tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi..
Semuanya telah menjadi catatan malaikat Raqib dan Atiq
Cuma selagi hayat dikandung badan, masih ada peluang untuk meminta keampunan kepada yang Maha Esa.....
Gerbang tahun baru telah membuka tirainya,
Semboyan perjalanan kehidupan 2013 telah berkumandang.
Jadilah manusia yang kuat imannya serta banyak amal solehnya.
Pamerkan amalan yang soleh walaupun di mana kita berada.
Hargailah masa dan umur yang Allah pinjamkan kepada kita.
Semua ini akan dipertanggungjawabkan dikala dihadapkan di mahkamah yang Maha Berkuasa.
Kenalilah siapa kita dan tuhan semesta alam ..
Menebarkan iman dan amal kebajikan
Menepis nafsu dan ajakan syaitan..
Menanamkan rasa syukur atas nikmat Allah SWT berikan
Membiasakan sabar dan syukur atas apa pun yang terjadi..
Menuntut diri sendiri untuk melakukan kebaikan dalam banyak hal..
InsyaALLAH agar kita menjadi manusia yang lebih baik..
Kita tidak boleh menarik balik segala masa dan kenangan yang telah berlalu..
Kita tidak boleh menghapuskan kesalahan dan mengulangi kegembiraan yang telah dialami
Kerana kesemua itu telah tercatit dalam Sijjin and Illiyyin
Kita mungkin bersedih atau bahagia pada tahun-tahun mendatang...
sehingga baki umur yang berlalu dibiar pergi begitu saja...
Semoga kita dapat mengisi masa yang mendatang dengan amal kebaikan, agar sinar kebahagian akan menjelma diakhir kalam kehidupan..