Wednesday 9 November 2011

Makan dan minum ikut sunnah Rasulullah

 Makan ikut sunnah


1. Membaca Basmalah dan menggunakan tangan kanan.
Diriwayatkan dari Umar bin Abu Salamah bahawa dia berkata : “Dahulu ketika masih kanak-kanak di bawah asuhan Rasulullah SAW, saya pernah menjulurkan tangan ke piring, maka Rasulullah SAW berkata kepada saya : “Wahai anak kecil, Sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah apa yang dekat kepadamu.” Sejak itu cara makan saya selalu seperti itu.”
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Malik, ad-Darimi dan Ahmad)

 2. Tidak makan sambil bersandar.
Diriwayatkan dari Ali bin al-Aqmar, beliau berkata : “Aku pernah mendengar Abu Hanifah pernah mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Aku tidak makan dalam keadaan bersandar.”(HR. Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, ad-Darimi dan Ahmad)

 3. Makan dengan tiga jari.
Ibnu Ka’ab bin Malik meriwayatkan : “Rasulullah SAW makan dengan tiga jari, dan beliau menjilat tangan sebelum dibersihkan.”(HR. Muslim, Abu Daud, ad-Darimi dan Ahmad)


4. Makanan yang jatuh.
Apabila ada makanan yang jatuh maka buanglah yang terkena kotoran, kemudian makan yang bersih.Ajarilah anak-anak kamu melakukan hal ini.Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW apabila telah selesai makan, beliau menjilat tiga jarinya (yang digunakan untuk makan). Beliau bersabda : Apabila sebahagian makanan salah seorang di antara kamu jatuh, maka buanglah bahagian yang kotor dan makanlah bahagian yang tidak kotor, dan janganlah biarkan makanan itu untuk syaitan.”
(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmizi, ad-Darimi dan Ahmad)


5. Memuji Allah dan berdoa sesudah makan.
Diriwayatkan dari Abu Umamah bahawa apabila Rasulullah SAW selesai makan, baginda berdoa : “ Segala Puji yang banyak bagi Allah, pujian yang baik, Pujian yang deberkati, pujian yang tidak pernah cukup, yang tidak pernah ditinggalkan dan pujian yang tidak akan terlepas dari Tuhan kita.”
(HR. Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan ad-Darimi)

6. Makan tidak berlebihan.
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Orang kafir makan dengan tujuh usus, sedangkan orang mukmin makan dengan satu usus.”(HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah, ad-Darimi dan Ahmad)

Al-Miqdam bin Ma’di Karib al-Kindi meriwayatkan : “saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Tiada bejana yang dipenuhi oleh Bani Adam yang lebih jahat daripada memenuhi perutnya. Cukuplah bagi Bani Adam beberapa suap kecil yang akan menegakkan tulang pinggangnya, jika dia mesti berbuat, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga untuk nafasnya.”(HR. Tirmizi dan Ahmad)


 
Minum ikut Sunnah

 1. Minum dengan tangan kanan..
diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda ;
“Apabila salah seorang diantara kamu makan maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya, dan apabila dia minum maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, sebab syaitan itu minum dengan tangan kiri, dan makan dengan tangan kirinya.”(HR.Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Malik dan Ahmad)

2. Minum dalam keadaan duduk.
Namun anda juga boleh minum dalam keadaan berdiri.
Diriwayatkan dari Anas bahawa Nabi melarang minum dalam keadaan berdiri.
(HR.Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah, ad-Darimi dan Ahmad)
An-Nazzal meriwayatkan : “Ali r.a datang di pintu serambi lalu minum dalam keadaan berdiri, kemudian dia berkata ; ‘Sesungguhnya diantara manusia ada yang memakruhkan minum dalam keadaan berdiri, dan saya pernah melihat Rasulullah SAW melakukan seperti apa yang kamu lihat aku lakukan.’”(HR.Bukhari, Abu Daud, Nasa’I dan Ahmad)

3. Pelayan harus minum kemudian.
Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : sesungguhnya orang yang memberi minum adalah orang yang terakhir minum.”(HR.Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah, ad-Darimi dan Ahmad)

4. Menutup bekas atau bejana.
Diriwayatkan dari Jabir r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Apabila malam hampir tiba, maka tahanlah anak-anak kamu agar tidak berkeliaran, kerana pada masa itu syaitan berkeliaran. Apabila malam telah berlalu sebahagian, maka bebaskanlah mereka dan tutuplah/kuncilah pintu dengan menyebut nama Allah. Tutuplah semua tempat air kamu dengan menyebut nama Allah, tutuplah semua bejana kamu dengan menyebut nama Allah, walau dengan penutup apapun engkau letakkan di atasnya, serta padamkanlah lampu menjelang tidur.”(HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Malik dan Ahmad.)

5. Jangan bernafas ke dalam bekas atau bejana.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Apabila salah seorang daripada kamu minum, maka jangan bernafas di dalam bejana, dan apabila masuk ke dalam jamban (tandas) maka janganlah dia menyentuh kemaluannya dengan tangan kanan, dan jangan cebok dengan tangan kanan.”(HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa’I, ad-Darimi dan Ahmad)

6. Menenggelamkan lalat dalam minuman.
Ubaid bin Hunain r.a mengatakan, “Aku pernah mendengar Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Apabila lalat jatuh pada bejana kamu, maka hendaklah menenggelamkan semuanya kemudian membuangnya, sebab pada salah satu sayapnya terdapat ubat dan pada sayap kedua terdapat penyakit.
(HR. Bukhari, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

7. Berkumur-kumur setelah minum.
Kita disuruh berkumur-kumur setelah meminum minuman yang berlemak. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi SAW pernah meminum susu kemudian meminta air, lalu berkumur-kumur. Baginda bersabda ; “Sesungguhnya susu itu mengandungi lemak.”(HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa’I, Ibnu Majah dan Ahmad)

Sunday 16 October 2011

Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.

Assalamualaikum….
Saya ada terbaca email yang memaparkan kisah suami danisteri . Saya tidak dapat untuk mengesahkan samada ia adalah kisah yang benar2 berlaku. Namun jalan ceritanya agak menarik untuk dijadikan suri tauladan dan renungan bersama.

“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedangmenayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
” Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan.
Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
” Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?” pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?”
“Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,”
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistinalah. Jangan haraplah jika nak membuliaku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat diMasjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit… sms menjengah masuk ke dalam inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke
neraka kerana menanggung dosa. 
Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab diakhirat sana , apatah lagi Abg nakmenggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg…
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg
su
dah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka.
Kesian
 nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg…
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyaharapkan dia mampu untuk mengajar anak-
anak A
bg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abg…
Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg… Aliyah sayangkan Abg… Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari
wanita yang setanding dengan Aliyah…Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

Penulis asal tidak diketahui ..nama watak telah diubah…

Tuesday 27 September 2011

Yang mana satu pilihan hati




Dewasa ini gadget elektronik seperti Apple Ipad dan Samsung Galaxy Tab menjadi pilihan anak2 muda dan juga generasi yang lebih vateran. Dibawah perbandingan antara Apple Ipad dan Samsung Galaxy Tab, moga2 dapat memilih yang mana satu pilihan hati. Perbandingan ini diambil dari majalah PCWorld.

 Apple iPad 2 vs Samsung Galaxy Tab 10.1:

Feature
Apple iPad 2
Samsung Galaxy Tab 10.1
Verdict?
Operating system (OS)
Apple iOS 4 (upgradeable to iOS 5)
Google Android 3.1 'Honeycomb'
iPad 2
Display size
9.7in
10.1in
Galaxy Tab 10.1
Display technology
Capacitive LED-backlit IPS
Capacitive PLS TFT
Draw
Display resolution
1024x768 pixels
1280x800 pixels
Galaxy Tab 10.1
Multitouch
Yes
Yes
Draw
Front camera
VGA
2 megapixels
Samsung Galaxy Tab 10.1
Rear camera
0.7 megapixels, no flash
3 megapixels, LED flash, autofocus, geotagging
Galaxy Tab 10.1
Video recording
Yes, 720p HD
Yes, 720p HD
Draw
GPS
Yes
Yes
Draw
Internal memory
16GB, 32GB, or 64GB
16GB or 32GB
iPad 2
Expandable memory
None
None
Draw
Dimensions
241.2 x 185.7 x 8.8mm
256.7.4 x 175.3 x 8.6mm
Galaxy Tab 10.1
Weight
607g
565g
Galaxy Tab 10.1
Application store
Apple App Store
Google Android Market
iPad 2
Processor
Apple A5 dual-core (1GHz)
ARM Cortex A9 dual-core (1GHz)
Draw
RAM
512MB
1GB
Galaxy Tab 10.1
3G
Wi-Fi only and Wi-Fi + 3G models
Wi-Fi only and Wi-Fi + 3G models
Draw
Wi-Fi
Yes
Yes
Draw
Bluetooth
2.1 with A2DP
3.0 with A2DP
Galaxy Tab 10.1
HDMI-out
No (Yes, with optional digital AV adapter)
No (Yes, with optional HDTV adapter)
Draw
USB port
No
No
Draw
Quoted battery life
Up to 10 hours
Up to 9 hours
iPad 2
Adobe Flash support
No
Yes
Galaxy Tab 10.1

Monday 26 September 2011

Jemputan menemui Ilahi


Sebulan dua ini banyak kedengaran berita mereka yang pulang menemui penciptanya. Terbaru mantan Ketua Helwa ABIM Prof Dr Khalijah Salleh yang pergi menemui Allah Rabbul Alamin pada tanggal 17 Sep 2011. Didoakan roh beliau ditempatkan bersama roh orang2 mukmin serta bertaqwa kepada Allah. Di kampung halaman ku juga ramai kenalan dan saudara ku yang pergi menemui Ilahi selang antara 1 bulan jaraknya, ada juga selang antara1 minggu. Begitulah sudah menjadi sunnatullah yang mana setiap yang bernafas atau yang bernyawa pasti akan merasai kematian, cuma tidak tahu bilakah, dimanakan dan bagaimanakah saat nyawa ditarik dari halkum. Ini selari dengan peringatan Allah dalam surah Al-Imran ayat 185 bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Seperti yang difahami daripada kitab agama yang berbicara soal kematian, perkara kematian adalah hal yang mutlak. Sementara menanti saat yang pasti ini, apakah masing-masing dari kita sudah mempersiapkan segala sesuatunya sebelum maut datang?
Apakah kita akan berleka-leka dan bersantai-santai dalam menghadapi maut ini?
Ataukah kita akan mempersiapkan diri untuk menjemput maut?
Di sana masih kedapatan orang yang lalai tentang  kehidupan setelah kematian serta  tidak ada  rasa takut menghadapi kematian. Tanpa disedari mereka semakin hampir dengan saat kematian dengan meningkatnya umur tahun demi tahun. Alih-alih mereka kembali kepada Maha Pencipta, mereka lebih suka untuk melakukan apa yang mereka fikirkan. Mereka hanya mempersiapkan diri untuk mahu hidup lebih lama sementara tidak menyiapkan bekal untuk kehidupan setelah kematian tersebut. Ketika saat kematian menjemput dirinya, jadilah mereka orang-orang yang miskin dengan bekalan alam akhirat.
Walaupun kita yakin, kita masih harus banyak mempersiapkan diri untuk hidup setelah kematian itu kerana belum tentu bekalan yang ada mampu untuk menyelamatkan kita dialam barzah dan di hari kiamat.
Kita bertanya pada diri kita, sudahkah kita menyiapkan bekal?
Kematian itu datangnya tidak mampu ditolak namun bukan bererti kematian tidak memberikan tanda-tanda kedatangannya. Sungguh beruntung bagi mereka yang mempunyai keluasaan waktu dan kesempatan untuk membaca dan memahami tanda-tanda tersebut. Hingga mereka telah menyiapkan sejak sedemikian lama.
Keluasaan waktu; mereka yang diberi umur panjang merupakan sebuah nikmat yang tiada terperi dalam menyambung kematian. Umur yang panjang adalah kesempatan untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya. Tiada orang yang mampu menentukan berapa lama mereka hidup. Oleh karena itu, jangan leka dalam memanfaatkan waktu. Gunakan setiap detik untuk mempersiapkan diri untuk kehidupan setelah kematian.
Kesempatan; ada sekian banyak kesempatan yang diberikan untuk memperkaya diri untuk menghadapi kematian. Mengajar ilmu, berpesan hal-hal yang baik hingga mempunyai niat yang baik merupakan kesempatan-kesempatan yang sangat berharga. Tidak semua orang mahu dan mampu untuk memanfaatkan kesempatan tersebut, hingga akhirnya menjadi orang yang menyesal. Oleh karena itu, manafaatkan setiap kesempatan yang ada untuk persiapan menerima jemputan menemui Ilahi.
Akhir kalam, bila mana ada salah satu anggota keluarga atau jiran tetangga atau rakan anda yang meninggal dunia, jadikanlah kesempatan itu untuk mengingatkan kembali mengenai bekal kita masing-masing. Bekal untuk mengikuti sebuah kejadian yang dialami orang yang telah pergi menemui tuhannya.Mengingat mati bukanlah alasan untuk menjadikan orang pemalas, melainkan pertanda mengingat pada tujuan dari kehidupan itu sendiri.

Tuesday 19 July 2011

Anak-anak ku dan Qurrata A'yun

                                               Ilustrasi: Hendaklah kita memanjatkan do'a pada-Nya agar anak dan keturunan kita menjadi sholeh dan baik. Mintalah pada-Nya agar keturunan kita senantiasa mendapat berkah, juga selamat dari berbagai bahaya dan kejelekan. Mintalah pada Allah, semoga mereka senantiasa mendapatkan perlindungan dari gangguan setan, manusia jahat, dan jin. Inilah kebiasaan orang sholih yang sebaiknya kita tiru. (foto: google)
        Setiap kali keluar keputusan peperiksaan SPM, maka ramai sekali mereka yang mendapat semua A pada semua matapelajaran. Sesekali aku bercoleteh dengan anak-anak ku, betapa perlu untuk berusha dan bersaing dalam mendapat keputusan yang baik, agar mendapat kursus  serta  universiti yang di hajati. Sekarang zamannya lain sekali dengan zaman ayah dulu-dulu, kelas tusyen tak banyak dan tak melata macam zaman sekarang.Keputusan peperiksaannya pula taklah sehebat dengan zaman milenium ni. Kalau sekarang, jalan-jalan dikawasan perumahan agak sesak dengan kenderaan ibubapa menghantar anak ke kelas tusyen, terutama sekali selepas waktu magrib dan isya. Ya, memang suatu budaya yang baik menghantar anak ke kelas tusyen untuk mendapat ilmu serta kemahiran dalam matapelajaran yang diajar di sekolah. Dengan izin Allah, bila keluar keputusan peperiksaan nanti banyaklah huruf-huruf A dicatatkan diatas slip keputusan peperiksaan. 
       Sesekali teringin dan terasa  untuk melihat anak-anak yang santun budi pekerti, amat luhur akhlaknya serta amat tenang hati nurani apabila menatap wajahnya. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah pada kami dan keturunan kami serta isteri-isteri kami penyejuk mata kami. Jadikanlah pula kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa (QS. Al Furqon:74).Anak-anak yang mendoakan kedua ibubapanya dikala ibubapanya menyahut panggilan Ilahi. Bak sabda Ar-Rasul, apabila meninggal anak adam maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan keatasnya.

Browsed by others

Your weather just got better.